Powered by Blogger.

Blog Archive

Wednesday, 26 February 2014

Sakit Jantung

Leave a Comment

Sakit Jantung

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
Serangan Penyakit Jantung
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".
sakit-jantung
Faktor Penyebab
Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
    jantung.  Bersenamlah.
Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Read More

9 Makanan kurangkan kolestrol

Leave a Comment

9 Makanan kurangkan kolestrol

oleh: trymasak | tagged: , | komen: 1

Pemakanan adalah perkara paling penting untuk memastikan kita mencapai gaya hidup yang sihat. Tahap kolestrol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan stok. Bagi orang dewasa, tahap kolestrol normal adalah kurang daripda 200mg/dl. Jika angka berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari akan meningkat, terutama jika bacaan kolestrol meningkat dari 200mg/dl ke 239mg/dl. Berikut disenaraikan 9 jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan:

1. Soya
 

Kacang soya merupakan makanan yang kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan lemak baik (HDL). Kacang soya biasanya diproses bagi mendapatkan susunya atau dijadikan makanan lain seperti tempe dan tauhu. Ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin serta zat galian yang mampu menghindarkan dari penyakit jantung dan diabetes. 

2. Kuaci
 

Setiap 100 gram kuaci dari biji bunga matahari mengandungi  lebih kurang 50 unit vitamin A. Bukan sahaja sebagai anti kolestrol malah mampu memulihkan rabun, ketegangan mata, sakit atau pedih mata dan sensitiviti pada cahaya yang melampau. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Pengambilan kuaci yang kaya dengan kandungan zat besi, vitamin B kompleks dan kalsium secara kerap boleh membantu mengatasi masalah ini.

3. Buah kering
 
Buah-buah kering seperti limau, kismis, prun ataupun buah kering di dalam tin mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Contohnya limau kering mempunyai kandungan flavanoid yang tinggi, ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kismis yang dikeringkan daripada buah anggur pula mengandungi sebatian untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Malah, mempunyai sumber zat besi yang paling baik untuk membantu sistem penghadaman.

Walaupun buah tin kering telah mengalami proses pengeringan, namun khasiat buat-buahan ini masih tetap tersimpan baik dan enak apabila dimakan. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium yang dapat membantu mengurangkan 'kolestrol jahat'. 

4. Epal
 
Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi  mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Ia mengandungi phytonutrient yang mampu melambatkan pengoksidaan kolesterol tidak baik. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan kerana epal hijau mampu mencegah pembentukan lemak sekaligus seimbangkan kandungan zat dalam badan.

5. Kacang tanah

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

6. Mangga
 

Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi, kedondong, betik dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi dan mampu mengurangkan kolestrol LDL dalam tubuh.

7. Kismis
 

Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan paras kolestrol di dalam badan. Pengamalan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

8. Oat
                                            

Oat mengandungi serat mudah larut yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol. Mengambil oat sebagai sarapan pagi pada setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

9. Jambu batu
 
Jika kita ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai kerana mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Read More

Makanan Penurun Kolesterol

Leave a Comment

Read More

Tahap Kolesterol Tinggi - Yang Kurus Tidak Terkecuali

Leave a Comment

Tahap Kolesterol Tinggi - Yang Kurus Tidak Terkecuali

PDF Print E-mail
Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada sakit jantung dan strok. Dan tahap yang tinggi itu boleh disebabkan diet, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.
Jika diet adalah antara punca utama kepada masalah ini, maka sebaiknya kita mengambil langkah-langkah awal menjaga pemakanan. Antara yang boleh dilakukan ialah:
1. Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.
2. Anda juga boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Sekiranya anda memilih diet sebegini, kemungkinan pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan diluar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola. Lebih baik, ialah menyediakan makanan sendiri, dan gunakan minyak yang berlabel monounsaturated atau polyunsaturated.

Lindungi jantung dengan diet yang sihat.
3. Makan lebih kanji dan fiber. Makanan sebegini lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.
4. Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan-makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Untuk pengetahuan, makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ini baik untuk jantung anda.

5. Diet yang sihat sahaja tidak memadai, anda juga perlu bersenam. Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.
6. Jika terasa berat badan berlebihan, berusahalah untuk mengurangkannya. Perhatikan juga tubuh anda, jika bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu adalah petanda meningkatnya risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.

Perhatikan perubahan bentuk badan, terutama di bahagian perut dan tengah badan.
Info Ringkas:
* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.

* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.
* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.
Read More

JANTUNG BENGKAK

Leave a Comment

Jantung bengkak
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2011/03/13

Lesu, sukar bernafas antara gejala penyakit disebabkan saluran darah koronari tersumbat

MASALAH mata atau kaki bengkak memang sudah biasa didengar, tetapi jantung bengkak? Ia mungkin kedengaran pelik kerana masalah ini jarang diketahui ramai, tetapi hakikatnya jantung bengkak adalah salah satu komplikasi yang disebabkan serangan jantung. Sama seperti komplikasi jantung lain iaitu penyakit jantung koronari, serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok atau angin ahmar, sakit dada (angina), hakikatnya jumlah kes membabitkan jantung bengkak juga semakin membimbangkan di negara ini.

Sebab utama dan paling kerap mengapa jantung seseorang itu bengkak ialah penyakit saluran darah koronari tersumbat. Apabila saluran darah arteri koronari yang membekalkan oksigen dan darah tersumbat, otot jantung tidak akan menerima cukup bekalan oksigen dan darah. Apa yang berlaku ialah otot itu akan ‘mati’ dan sebaik keadaan ini terjadi bahagian otot jantung itu tidak mengepam dengan begitu baik dan menyebabkan jantung lemah dan akan bengkak.

Perunding Kardiologi Hospital Pakar Tawakal, Dr Yeo Chee Kian, berkata punca lain jantung bengkak atau ‘cardiac dilation’ ini adalah masalah injap jantung.

Punca seterusnya adalah jangkitan virus. Namun, berdasarkan kes di hospital berkenaan, Dr Yeo melihat kebanyakan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan tidak mengalami saluran darah tersumbat, tidak mengalami penyakit injap jantung tetapi mengalami jantung lemah.
“Kadangkala pesakit ini golongan muda dan biasanya apabila ditanya, berkemungkinan satu dua minggu terdahulu mereka terkena jangkitan selsema. Virus ini bukan saja menyebabkan serangan selesema tetapi juga menjejaskan otot jantung,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Punca lain adalah kesan ubat bagi pesakit kanser yang menjalani kemoterapi tertentu. Selain itu, pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan jantung bengkak.

Apakah gejala awal masalah ini? Jelas Dr Yeo, ini termasuk susah bernafas sewaktu berjalan, melakukan kerja harian, naik tangga serta berlari.

“Jika biasanya enam bulan lalu seorang individu boleh berlari satu kilometer kini mendaki tangga untuk ke tingkat satu menjadi sukar. Individu ini juga terpaksa tidur dengan bantal yang lebih dan tidak dapat berbaring rata kerana apabila jantung bengkak ia tidak berfungsi dengan baik dan tidak dapat mengepam darah keluar dari jantung dengan baik.

“Apa yang berlaku ialah darah akan berkumpul dalam paru-paru (air dalam paru-paru) menyebabkan pesakit akan sukar bernafas. Selain itu, tubuh semakin letih dan lesu, kaki membengkak dan kadangkala gejala ini bergantung kepada apa penyebab jantung bengkak seperti penyakit saluran darah koronari misalnya akan menyebabkan individu itu mengalami sakit dada bila jalan,” katanya.

Ditanya kaitan usia dengan komplikasi jantung bengkak, Dr Yeo berkata, ia bergantung kepada apa penyebabnya. Seperti disebutkan lebih awal, penyebab utama iaitu penyakit jantung koronari lebih cenderung menyerang pesakit yang lebih tua tetapi itu berlaku 20 hingga 30 tahun lalu, kini semakin ramai orang muda turut mendapat serangan jantung begini.

Sebaliknya penyakit otot jantung boleh dialami semua lapisan usia tua atau muda. Sekiranya individu tidak bernasib baik dan terkena virus selsema ia boleh menjejaskan semua golongan umur. Penyakit injap juga kita lihat dalam semua golongan umur tetapi lebih cenderung kepada pertengahan umur di antara 30 dan 40an. Ketika itu, injap akan semakin teruk dan jantung akan bengkak.”

Kaedah rawatan jantung bengkak bergantung kepada penyebabnya, jika saluran darah koronari adalah puncanya, saluran yang tersumbat perlu diubati menggunakan ubat, angio plasty atau pintasan jantung bergantung kepada betapa seriusnya saluran darah itu tersumbat.

“Secara amnya rawatan kegagalan jantung bengkak bergantung kepada faktor penyebabnya. Jika disebabkan alkohol, individu itu perlu berhenti, sekiranya sedang menjalani kemoterapi perlu berhenti menggunakan ubat, bagaimana agak sukar untuk merawat jantung bengkak disebabkan virus kerana memerlukan pemindahan jantung.

Hakikatnya, walaupun negara memiliki kepakaran terkini dalam pembedahan pemindahan jantung, namun kesedaran terhadap pendermaan organ masih amat menyedihkan,” tambahnya sambil mengharapkan kesedaran mengenai peri pentingnya pendermaan organ terus tersebar luas dan berkesan dalam mempertingkatkan lagi jumlah pendermaan organ dikalangan rakyat di negara ini.


Info

Jantung bengkak


2 jenis iaitu:

  • Hypertrophy - membabitkan otot jantung menebal
  • Dilation - membabitkan ruang dalam jantung yang membengkak

    Gejala awal termasuk:
  • Sukar bernafas sewaktu berjalan, melakukan kerja harian, naik tangga serta berlari.
  • Individu ini juga terpaksa tidur dengan bantal yang lebih dan tidak dapat berbaring rata.
  • Tubuh semakin letih dan lesu
  • Kaki membengkak
  • Read More

    Beberapa Tips Untuk Hidup Sihat Bagi Pesakit Jantung (Heart Patients)

    Leave a Comment

    Beberapa Tips Untuk Hidup Sihat Bagi Pesakit Jantung (Heart Patients)

    Masalah jantung banyak dialami sebilangan besar orang dewasa di dunia, dan malangnya kita mula melihat kes kanak-kanak turut mengalami masalah ini juga pada masa sekarang. Jika anda mempunyai masalah jantung, disini beberapa panduan yang boleh membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Tetapi sila ikut arahan doktor sebelum melakukan apa-apa. 

    Mengurangkan Stress.
    Ini adalah faktor utama untuk hidup sihat. Cuba untuk destress diri anda dengan bertafakur, berehat lebih kerap dan menjalani gaya hidup yang lebih santai.

    Memilih Diet Yang Lebih Baik.
    Makan makanan yang rendah lemak. Ini akan membantu untuk menurunkan paras kolesterol anda. Memilih makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin akan membantu menurukan kolesterol dalam badan. 

    Kurangkan Berat Badan.
    Jika anda makan makanan yang mempunyai tahap lemak yang lebih rendak, maka ia juga mempunyai kalori yang rendah juga dan akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan.Kehilangan berat badan merupakan bahagian penting unutk merubah gaya hidup anda untuk mengelakkan peningkatan dalam masalah jantung anda. 

    Sentiasa Aktif.
    Bergantung kepada umur dan keterukan penyakit jantung anda, anda boleh mencuba untuk meningkatkan jumlah aktiviti fizikal anda. Senaman dan beberapa bentuk bantuan aktiviti fizikal dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kecergasan jantung anda. 

    Berjumpa Dengan Doktor.
    Sentisa melakukan pemeriksaan dengan doktor. Jangan mengabaikan tindakan untuk membuat pemeriksaan ke atas diri anda, walaupun anda merasakan kesihatan anda telah bertambah baik. Mengambil ubat pencegahan secara teratur dan memantau berat badan dan tahap kolesterol anda selalu.
    Read More

    Cara mencapai kesihatan optimum bagi pesakit jantung

    Leave a Comment

    Cara mencapai kesihatan optimum bagi pesakit jantung


    Minyak Kelapa Dara SAMUEL (bukan nama sebenar) pernah menjadi contoh orang yang sihat dan dicemburui oleh rakan-rakan sebaya. Dia bersenam setiap hari, makan secara sihat, mengambil alkohol secara sederhana dan tidak pernah merokok.

    Tetapi, tugasnya sebagai seorang pengarah urusan yang sibuk penuh dengan ketegangan menyebabkan dia tidak dapat tidur malam.

    Tambahan pula, kedua-dua ibu bapa Samuel menderita serangan jantung sebelum mereka mencecah usia 55.

    Ketika berlari di atas mesin penginjak pada suatu hari, Samuel, yang pada masa itu berusia 49 tahun, berasa sakit yang mencucuk di tengah dadanya dan mula berpeluh dengan cepat.

    Dia menjerit meminta bantuan dan dikejarkan ke hospital. Ya, dia telah mengalami serangan jantung, namun mujurlah, serangan itu dianggap ringan dan selepas pemulihan beberapa bulan, dia kembali seperti biasa.

    Terkejut dengan kejadian itu, Samuel mula belajar mengurangkan ketegangan dan memperlahankan rentak kerjanya.

    Jika anda mengalami mana-mana daripada simptom ini–rasa sakit, sesak dada atau tekanan dalam dada, nafas singkat, sakit di rahang, leher, lengan, bahu atau belakang, rasa mual, berpeluh sejuk atau rasa pening dan pitam–ini adalah tanda-tanda amaran serangan jantung akan tiba.

    Serangan jantung berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke otot jantung tersumbat, membawa kepada kematian sel otot jantung.

    Penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di kalangan lelaki dan wanita Malaysia.

    Wabak penyakit kardiovaskular global meragut 17 juta nyawa atau kira-kira satu pertiga daripada kematian di serata dunia pada setiap tahun.

    Bukan semua orang bernasib baik seperti Samuel dan walaupun sesetengah faktor adalah di luar kawalan kita contohnya jantina, keturunan dan ras, terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan jantung yang sihat.

    Di antara faktor risiko yang boleh dikawal termasuk kolesterol darah yang tinggi, merokok, tekanan darah tinggi, ketiadaan aktiviti fizikal dan obesiti.

    Merokok adalah salah satu punca utama serangan jantung yang meletakkan tekanan tambahan ke atas jantung kerana ia menyebabkan saluran darah menekan ke bawah atau mencerut.

    Jika saluran darah menjadi sempit dan rosak kerana penyakit jantung, merokok memburukkan lagi masalah itu.

    Tekanan darah 140/90 atau ke atas adalah dianggap tinggi dan memaksa jantung bekerja lebih kuat. Jika tidak dikawal, ia meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar atau masalah buah pinggang.

    Turunkan angka itu dengan bersenam, mengurangkan berat badan, mengurangkan pengambilan garam atau mengambil ubat.

    Aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari dapat memperbaiki paras kolesterol darah, tekanan darah dan gula darah (yang mana adalah kebimbangan utama bagi penghidap diabetes).

    Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh mempercepatkan timbunan lemak dalam arteri koronari.

    Lemak tubuh yang berlebihan adalah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, diabetes dan awal penyakit jantung, oleh itu kawal apa yang anda masukkan ke perut.
    Read More
    © 2014 All Rights Reserved.
    Sifu Body Jaga Diri & Powered By BloggerHero