Beberapa Tips Untuk Hidup Sihat Bagi Pesakit Jantung (Heart Patients)
Masalah
jantung banyak dialami sebilangan besar orang dewasa di dunia, dan
malangnya kita mula melihat kes kanak-kanak turut mengalami masalah ini
juga pada masa sekarang. Jika anda mempunyai masalah jantung, disini
beberapa panduan yang boleh membantu anda menjalani kehidupan yang
sihat. Tetapi sila ikut arahan doktor sebelum melakukan apa-apa.
Mengurangkan Stress.
Ini adalah faktor utama untuk hidup sihat. Cuba untuk destress diri anda dengan bertafakur, berehat lebih kerap dan menjalani gaya hidup yang lebih santai.
Memilih Diet Yang Lebih Baik.
Makan
makanan yang rendah lemak. Ini akan membantu untuk menurunkan paras
kolesterol anda. Memilih makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan
bijirin akan membantu menurukan kolesterol dalam badan.
Kurangkan Berat Badan.
Jika
anda makan makanan yang mempunyai tahap lemak yang lebih rendak, maka
ia juga mempunyai kalori yang rendah juga dan akan membantu anda untuk
mengurangkan berat badan.Kehilangan berat badan merupakan bahagian
penting unutk merubah gaya hidup anda untuk mengelakkan peningkatan
dalam masalah jantung anda.
Sentiasa Aktif.
Bergantung
kepada umur dan keterukan penyakit jantung anda, anda boleh mencuba
untuk meningkatkan jumlah aktiviti fizikal anda. Senaman dan beberapa
bentuk bantuan aktiviti fizikal dapat mengurangkan tekanan dan
meningkatkan tahap kecergasan jantung anda.
Berjumpa Dengan Doktor.
Sentisa
melakukan pemeriksaan dengan doktor. Jangan mengabaikan tindakan untuk
membuat pemeriksaan ke atas diri anda, walaupun anda merasakan kesihatan
anda telah bertambah baik. Mengambil ubat pencegahan secara teratur dan
memantau berat badan dan tahap kolesterol anda selalu.
0 comments:
Post a Comment