9 Makanan kurangkan kolestrol
oleh: trymasak | tagged: , | komen: 1
Pemakanan
adalah perkara paling penting untuk memastikan kita mencapai gaya hidup
yang sihat. Tahap kolestrol yang tinggi di dalam badan boleh
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan
stok. Bagi orang dewasa, tahap kolestrol normal adalah kurang daripda
200mg/dl. Jika angka berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit
koronari akan meningkat, terutama jika bacaan kolestrol meningkat dari
200mg/dl ke 239mg/dl. Berikut disenaraikan 9 jenis makanan yang boleh
membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan:
1. Soya

Kacang
soya merupakan makanan yang kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat
membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kandungan lemak baik (HDL). Kacang soya biasanya diproses
bagi mendapatkan susunya atau dijadikan makanan lain seperti tempe dan
tauhu. Ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin serta zat
galian yang mampu menghindarkan dari penyakit jantung dan diabetes.
2. Kuaci
Setiap
100 gram kuaci dari biji bunga matahari mengandungi lebih kurang 50
unit vitamin A. Bukan sahaja sebagai anti kolestrol malah mampu
memulihkan rabun, ketegangan mata, sakit atau pedih mata dan sensitiviti
pada cahaya yang melampau. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.
Pengambilan kuaci yang kaya dengan kandungan zat besi, vitamin B
kompleks dan kalsium secara kerap boleh membantu mengatasi masalah ini.
3. Buah kering

Buah-buah
kering seperti limau, kismis, prun ataupun buah kering di dalam tin
mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Contohnya limau kering
mempunyai kandungan flavanoid yang tinggi, ia mampu menyingkirkan
lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
Kismis yang dikeringkan daripada buah anggur pula mengandungi sebatian
untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Malah, mempunyai sumber
zat besi yang paling baik untuk membantu sistem penghadaman.
Walaupun
buah tin kering telah mengalami proses pengeringan, namun khasiat
buat-buahan ini masih tetap tersimpan baik dan enak apabila dimakan.
Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium,
besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium yang dapat membantu
mengurangkan 'kolestrol jahat'.
4. Epal
Makan
sebiji epal atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Ia
mengandungi phytonutrient yang mampu melambatkan pengoksidaan kolesterol
tidak baik. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan kerana epal
hijau mampu mencegah pembentukan lemak sekaligus seimbangkan kandungan
zat dalam badan.
5. Kacang tanah
Kacang
tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol
LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
6. Mangga

Buah-buahan
sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi, kedondong,
betik dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi dan mampu mengurangkan
kolestrol LDL dalam tubuh.
7. Kismis

Kismis
mengandungi sebatian yang mampu menurunkan paras kolestrol di dalam
badan. Pengamalan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh
menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
8. Oat

Oat
mengandungi serat mudah larut yang boleh mengurangkan risiko penyakit
jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol.
Mengambil oat sebagai sarapan pagi pada setiap hari mampu menurunkan
kadar kolestrol dalam darah.
9. Jambu batu
Jika
kita ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu
batu adalah pilihan yang sesuai kerana mampu menurunkan paras kolestrol
dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam
jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada
tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah
selama empat minggu.
0 comments:
Post a Comment